VISI, MISI, MOTO DAN OBJEKTIF
VISI
Menjadikan Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah sebagai pemangkin tadbir urus kewangan negeri dan korporat untuk meningkatkan akauntabiliti dan kecekapan dalam operasi.
MISI
Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan, dan penilaian tadbir urus terhadap Kementerian, Jabatan, Pejabat dan Agensi Kerajaan dengan berkualiti dan profesional.
MOTO
"Audit Berkualiti dan Profesional"
OBJEKTIF
Membantu memperbaiki serta memantapkan amalan-amalan dan prosedur semasa bagi mencegah kelemahan dan penyalahgunaan mengurus risiko yang dihadapi.
OBJEKTIF
Membantu pengurusan organisasi Kerajaan Negeri dalam perihal pengurusan kewangan dan rekod-rekod perakaunan agar dikendalikan dengan teratur dan memenuhi dasar, undang-undang, prosedur peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
OBJEKTIF
Membantu pengurusan organisasi Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan perancangan program-program Kerajaan.
OBJEKTIF
Membantu Kerajaan Negeri dalam mengurangkan ketirisan pembaziran peruntukan.
OBJEKTIF
Membantu Kerajaan Negeri mempertingkatkan hasil.
OBJEKTIF
Membantu Kerajaan Negeri memantau, memeriksa dan menilai tadbir urus kewangan Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri.
OBJEKTIF
Membantu Kerajaan Negeri sebagai badan checks and balances untuk memeriksa pelaksanaan projek-projek pembangunan bernilai sehingga RM 50 juta.
![]()