088-368259 jadns@sabah.gov.my

Perutusan
Pengarah

"

Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya,

Dengan sukacitanya saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke laman web rasmi Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah. Di sini anda akan menjumpai pelbagai maklumat yang berkaitan dengan struktur organisasi jabatan, perkhidmatan yang disediakan, dan juga jawapan kepada soalan-soalan lazim mengenai isu-isu audit yang sering berlaku dalam pengurusan kewangan di peringkat kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan.

Selain daripada peranan utama sebagai badan semak dan imbang, Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah turut memainkan peranan penting dalam menggalakkan akauntabiliti dan kecemerlangan pengurusan kewangan di sektor awam. Usaha ini akan diteruskan melalui pelaksanaan penarafan Indeks Akauntabiliti yang bertujuan untuk meningkatkan standard pengurusan kewangan di kalangan entiti kerajaan.

Saya berharap laman web jabatan ini dapat menjadi rujukan bagi tuan-tuan dan puan-puan dalam memahami aspek audit dan pengurusan kewangan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keperluan bantuan, sila hubungi Pasukan Audit Dalaman Jabatan yang sentiasa bersedia untuk membantu.

Sekian dan terima kasih.

ANNE @ JANET VENANTIUS C.A.(M)

Pengarah Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah

Anne @ Janet Venantius

Pengarah Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
en_USEnglish