088-368259 jadns@sabah.gov.my
1. PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN

Menekankan pematuhan terhadap peraturan yang berkaitan dengan perakaunan dan kawalan dalaman. Ini adalah bertujuan untuk menentukan bahawa terimaan dan perbelanjaan diurus dengan betul, pembayaran yang dibuat adalah dibenarkan dan teratur, hasil dipungut dengan cekap, dan rekod perakaunan dikemaskini pada setiap masa supaya pihak pengurusan dapat memperolehi maklumat yang tepat dan cepat.

2. PENGAUDITAN PRESTASI

Merupakan aktiviti pengauditan yang dijalankan bagi meningkatkan akauntabiliti, perolehan sumber yang lebih ekonomi dan cekap. Meningkatkan tahap keberkesanan bagi mencapai objektif sesuatu program dan kualiti perkhidmatan dan memperbaiki perancangan serta kawalan pengurusan.

3. PENGAUDITAN PROJEK-PROJEK TAHAP

Menjalankan pemeriksaan pelaksanaan projek-projek TAHAP termasuk semakan terhadap prosedur perolehan bagi menentukan perolehan yang dilakukan adalah cekap, mematuhi undang-undang dan peraturan serta perolehan mencapai nilai yang terbaik.

4. PENGESAHAN BAKI AWAL

Menjalankan pengesahan baki awal aset Kerajaan/ Jabatan/ Pejabat Negeri yang akan dimasukkan ke dalam Sistem Akruan.

JENIS PENGAUDITAN

5. PEMERIKSAAN MENGEJUT

Merupakan aktiviti pengauditan yang dilaksanakan ke atas beberapa Pejabat/ Jabatan/ PBT daerah – daerah tertentu yang telah dipilih untuk melakukan pemeriksaan mengejut selaras dengan AP 308 dan AP309.

6. PENGAUDITAN KHAS

AtasMerupakan pengauditan yang ditugaskan berdasarkan kepada keadaan seperti yang berikut:

– Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Negeri dan ;
– Atas arahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya terdapat laporan yang diterima daripada mana-mana Kementerian/ Jabatan/ Pejabat/ Agensi;
– Atas arahan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah sekiranya terdapat laporan yang diterima daripada mana-mana Kementerian/ Jabatan/ Pejabat/ Agensi dan enam (6) Rancangan Pengauditan Bagi Tahun 2024;
– Atas kerjasama dengan Jabatan Audit Negara sekiranya terdapat keperluan

7. PENGAUDITAN ICT / PENAMPILAN ICT

Pengauditan yang dilaksanakan akan memberi tumpuan kepada semakan ke atas sistem ICT ataupun aplikasi ICT yang telah dibangunkan; di mana akan melibatkan pengurusan perolehan sistem, keberkesanan penggunaan dan outcome sistem.

8. PENGAUDITAN BERDASARKAN RISIKO

Pengauditan yang dilaksanakan berdasarkan risiko kepada pengurusa perolehan, kawalan terimaan hasil dan pengurusan program-program kerajaan Negeri.

5. PEMERIKSAAN MENGEJUT

Merupakan aktiviti pengauditan yang dilaksanakan ke atas beberapa Pejabat/ Jabatan/ PBT daerah – daerah tertentu yang telah dipilih untuk melakukan pemeriksaan mengejut selaras dengan AP 308 dan AP309.

6. PENGAUDITAN KHAS

AAtasMerupakan pengauditan yang ditugaskan berdasarkan kepada keadaan seperti yang berikut:

– Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Negeri dan ;
– Atas arahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya terdapat laporan yang diterima daripada mana-mana Kementerian/ Jabatan/ Pejabat/ Agensi;
– Atas arahan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah sekiranya terdapat laporan yang diterima daripada mana-mana Kementerian/ Jabatan/ Pejabat/ Agensi dan enam (6) Rancangan Pengauditan Bagi Tahun 2024;
– Atas kerjasama dengan Jabatan Audit Negara sekiranya terdapat keperluan

7. PENGAUDITAN ICT / PENAMPILAN ICT

Pengauditan yang dilaksanakan akan memberi tumpuan kepada semakan ke atas sistem ICT ataupun aplikasi ICT yang telah dibangunkan; di mana akan melibatkan pengurusan perolehan sistem, keberkesanan penggunaan dan outcome sistem.

8. PENGAUDITAN BERDASARKAN RISIKO

Pengauditan yang dilaksanakan berdasarkan risiko kepada pengurusa perolehan, kawalan terimaan hasil dan pengurusan program-program kerajaan Negeri.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
en_USEnglish