088-368259 jadns@sabah.gov.my
1. Peranan dan fungsi Jabatan Audit Dalam

Peranan dan fungsi Jabatan Audit Dalam adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil.9 tahun 2004 seperti berikut:
a) Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman dalarn organisasi;
b) Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
c) Mengkaji aktiviti organisasi diurus secara berhemat, cekap dan berkesan;
d) Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan penipuan dan penyelewengan;
e) Memberi nasihat atau pandangan mengenal kawalan dalaman terhadap semua sistem yang digunakan;
f) Melaporkan kepada hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.

2. Menjalankan pemeriksaan

Menjalankan pemeriksaan ke atas tadbir urus kewangan Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri termasuk pemeriksaan sistem kewangan, kawalan dalaman; dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diuruskan mengikut undang­undang, peraturan, arahan dan tadbir urus korporat yang berkaitan.

3. Menjalankan penilaian

Menjalankan penilaian terhadap aktiviti Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri untuk menentukan prestasi dan objektifnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhamat, cekap dan berkesan.

4. Menjalankan penilaian risiko

Menjalankan penilaian risiko dengan mengenal pasti dan menilai potensi risiko ke atas kepentingan kerajaan yang dilaburkan dalam Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri.

5. Melaksanakan pengaudian dan penilaian ke atas pengurusan projek-projek pembangunan

Melaksanakan pengaudian dan penilaian ke atas pengurusan projek-projek pembangunan dimana bermula pada tahun 2023 kuasa melulus projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta diberi kepada Kerajaan Negeri.

6. Melaksanakan pengauditan ke atas peruntukan

Melaksanakan pengauditan ke atas peruntukan yang diterima oleh Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri Tahunan.

7. Memantau dan mengambil Tindakan ke atas isu-isu Laporan Ketua Audit Negara

Memantau dan mengambil tindakan ke atas isu-isu Laporan Ketua Audit Negara yang tersenarai dalam AG Dashboard.

8. Melaksanakan penarafan Indeks Akauntabiliti

Melaksanakan penarafan Indeks Akauntabiliti ke atas pengurusan kewangan Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri Melalu Sistem Indeks Akauntabiliti.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
en_USEnglish